Zafrul- Kerajaan komited pastikan Petronas catat keuntungan pada masa depan
  • 4 years ago
Kerajaan komited memastikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mampu meraih keuntungan pada masa hadapan, namun ia bergantung pada harga minyak dunia.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerugian yang diumumkan Petronas pada Jumaat lepas adalah disebabkan harga minyak yang rendah, bagaimanapun ketika ini ia telah menunjukkan peningkatan.

Tengku Zafrul sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Terengganu selama dua hari dan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.