Majlis Presiden PH komited Anwar calon PM
  • 4 years ago
Majlis Presiden PH hari ini memutuskan untuk komited dengan pendirian asal iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Majlis Presiden juga berkata Anwar kini mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Presiden Warisan Shafie Apdal, bagi meneruskan usaha mengambil semula kerajaan persekutuan.

Terdahulu beberapa pemimpin PH antaranya Salahudin Ayob dan Khalid Samad yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, menyatakan keputusan telah dicapai dan kenyataan media akan dibuat.
Recommended