Majlis Raja-Raja Melayu bersidang bincang calon PM-9
  • 3 years ago
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu berlangsung petang ini di Istana Negara bagi membincangkan pemilihan calon Perdana Menteri ke-9.

Ia susulan semua ahli Parlimen selesai menyerahkan undian calon pilihan perdana menteri mereka kepada Istana Negara pada 18 Ogos 2021 lalu.

Media melaporkan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat khas itu.