Sultan Pahang serah Majlis Raja-raja tentukan pemilihan Agong

  • 5 years ago
Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa baginda menyerahkan kepada takdir dan kebijaksanaan Majlis Raja-raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Baginda yakin Majlis Raja-raja akan membuat keputusan yang bijaksana berhubung perkara tersebut.

Baginda bertitah demikian selepas istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, Pahang hari ini.

Baginda ditanya kemungkinan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu melayakkan baginda berada dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berdasarkan sistem penggiliran, sekarang adalah giliran Pahang untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan.