Kerajaan sedang teliti kaedah salur bantuan kepada Lubnan

  • 4 years ago
Kementerian Luar sedang meneliti beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Lubnan, susulan tragedi letupan di Beirut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof, berkata buat masa ini bantuan itu akan disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Lubnan, susulan tragedi letupan di Beirut.

Muhyiddin berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi LRC.

Recommended