Kerajaan masih teliti jumlah pampasan berhubung AES

  • 6 years ago
Kerajaan masih lagi dalam proses meneliti jumlah pampasan yang dituntut syarikat swasta yang menjadi pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) setelah diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata perbincangan antara pihak Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah diadakan sebanyak tiga kali setakat ini bagi membincangkan isu pampasan tersebut.