Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
  • 5 years ago
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Rafizal Ali di ibu pejabat SPRM di sini berdasarkan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikanTan Sri Ambrin Buang berhubung pelaksanaan projek berkenaan.Rafizal yang ditemui wakil media di ibu pejabat SPRM selepas membuat laporan itu, berkata siasatan JKSTUPKK yang dibentangkan kepada kementerian pada 28 Jan lalu mendapati pelaksanaan projek AES lebih menguntungkan syarikat konsesi dan meletakkan kerajaan dalam risiko kerugian.