Kementerian Pertahanan mahu bajet paling kurang 1% dari KDNK

  • 4 years ago
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ingin supaya kementeriannya mendapat peruntukan sekurang-kurangnya satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun. Beliau berkata demikian selepas ucapan pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Dewan Rakyat petang tadi. "Kita mahukan (peruntukan) satu peratus daripada KDNK setiap tahun, sekurang-kurangnya.

"Tetapi untuk RMK 12 dan 13 (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Ke-13) kita sudah rangka. Kita minta lebih (peruntukan)," katanya pada sidang media di lobi parlimen semalam.