Parlimen- Kerajaan teliti cadangan persidangan Dewan Rakyat secara dalam talian
  • 3 years ago
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat secara dalam talian sebagai langkah mengekang penularan COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata walaupun perkara itu tiada dalam Peraturan Mesyuarat, ia boleh dilaksanakan dengan meminda 'Standing Order' sahaja.