Sempat ziarah gereja, Ebit Lew mulakan misi 10 hari salur bantuan di Sabah

  • 3 years ago
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memulakan misi selama 10 hari ke pantai timur Sabah pada Khamis bagi membawa bekalan bantuan kepada mereka yang memerlukan di empat daerah.

Sebanyak 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka, 200 gajet tablet (untuk pelajar) dibawa dalam misi ini.

Dalam hantaran terbarunya di Facebooknya, beliau memberi bantuan ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu dan beramah mesra dengan paderi.