Trump dibawa keluar selepas kejadian tembakan di luar White House
  • 4 years ago
Perkhidmatan Rahsia AS secara tiba-tiba menarik Presiden Donald Trump keluar dari bilik media White House di tengah-tengah taklimat pada hari Isnin kerana kejadian tembakan yang berlaku di luar bangunan itu.

Trump kembali ke bilik media beberapa minit kemudian dan mengatakan seseorang telah ditembak oleh penguatkuasa dan dibawa ke hospital.

Suspek tersebut difahamkan bersenjata dan kejadian itu berlaku dekat pagar berhampiran pinggir White House.

Laporan oleh Reuters.