Dr M kongsi gambar 'romantik' pada ulang tahun perkahwinan ke-64
  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad hari ini memuat naik beberapa gambar bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Ali, bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-64.

Pasangan itu dilihat bergambar di satu lokasi di tepi laut yang tidak dinyatakan.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak biasa berkongsi saat-saat peribadi dalam hidupnya namun mengatakan hari ini adalah saat istimewa.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah melangsungkan perkahwinan hari ini pada tahun 1956 dan kedua-dua mereka bertemu semasa belajar di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura.