Siti kongsi gambar bersama puteri, video tangisan ditonton lebih 1.6 juta
  • 6 years ago
Lumrah menjadi selebriti, apatah lagi ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Selepas belasan tahun menanti cahaya mata kini Siti dan suami akhirnya bergelar ayah dan ibu selepas selamat lahirnya puteri sulung pada 19 Mac lalu.

Dari berita beliau mengandung, melahirkan dan sedikit terpalit cerita gambar anaknya tersiar di khalayak. Semua mengenai Siti dan anaknya kini adalah sensasi dunia hiburan.

Terbaru Siti berkongsi di laman Instagramnya pada 20 Mac video suara Fatimah Az-Zahra,nama sementara untuk puterinya itu yang berdurasi lebih kurang 28 saat.

Video suara tangisan dan visual baju yang akan dipakai Fatimah itu mendapat tontonan lebih 1.5 juta kurang 24 jam ia dimuat naik.

Setakat jam 12 tengah hari video tersebut telah ditonton 1,640,621 dengan rata-rata netizen mendoakan kebahagian Siti dan suami berserta buah hatinya itu.

Video dengan kapsyen "Pakaianya pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018, Alahai, kenapa mengis tu sayang? Berlatih vokal ke?" turut mendapat komen bertapa merdunya suara anak Siti ketika menangis.

Selain itu Siti turut memuat naik gambar pertama beliau mendukung anaknya yang diambil dari bahagian belakang dengan kapsyen ucapan terima kasih semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.