ISS sambut ulang tahun ke - 15 di angkasa lepas

  • 9 years ago
Para angkasawan meraikan sambutan 15 tahun mengelilingi Bumi di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kelmarin sekali gus mencatat tanda aras baharu untuk makmal mengorbit angkasa yang disifatkan sesetengah pihak layak menerima Anugerah Nobel Keamanan.

Dengan operasi dijangka berterusan dalam tempoh beberapa dekad lagi, agensi angkasa lepas dunia kini melihat kepada sumbangan stesen tersebut untuk menyediakan maklumat mengenai penjelajahan angkasa lepas termasuk peluang untuk ke Marikh.