Najib petik ucapan Hadi di ulang tahun Umno

  • 7 years ago
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memetik ucapan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan puluhan ribu peserta-peserta baju merah sempena Ulang Tahun 71 Umno di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

"Kerjasama antara parti PAS dan Umno kini adalah satu amalan politik yang sungguh matang.

"Kerana politik antara PAS dan Umno kita tidak berkelahi sebaliknya kita berpolitik untuk kepentingan bersama," kata Najib.

Menurut Najib, Abdul Hadi juga menekankan dalam berpolitik boleh berbeza pendapat tetapi dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara mesti bersatu dan bersama.

Recommended