COVID-19: Pusat kuarantin di Sabah menjijikkan!

  • 4 years ago
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Frankie Poon mengakui kemudahan asas dan tahap kebersihan di beberapa pusat kuarantin di negeri itu tidak mencapai piawai.

Beliau berkata demikian selepas tular klip video yang memaparkan keadaan dan tahap kebersihan yang menjadi keluhan pihak yang dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin.

Dalam salah satu klip video, seorang pelajar merakam keadaan tandas yang kotor di Pusat Pendidikan Daerah Penampang.

Poon, yang sudah menonton klip video itu berkata keadaan pusat kuarantin itu tidak boleh diterima.

Katanya kepada Malaysiakini, kemudahan itu tidak sesuai, terutamanya kemudahan tandas dan pihaknya sedang membaiki dan membersihkan beberapa pusat kuarantin.

Recommended