Belum ada keperluan buka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 MAEPS - KKM

  • 3 years ago
Walaupun kes baharu Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur semakin meningkat, namun Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang ditutup pada Julai lalu tidak perlu dibuka semula buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata hal ini kerana kelengkapan seperti katil di hospital telahpun ditambah jumlahnya dan mampu menampung pesakit-pesakit Covid-19 yang semakin bertambah.

Oleh itu, katanya Pusat Kuarantin, Rawatan di MAEPS tiada keperluan untuk dibuka semula buat masa ini.