KKM 'tidak diberitahu' menteri ingkar kuarantin sehingga minggu lalu

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pegawai atasan kementerian kesihatan tidak diberitahu mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar peraturan kuarantin wajib hingga minggu lalu.

Jelasnya, siasatan dalaman terhadap kes ini dimana Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai namun tidak menjalani kuarantin dan menghadiri sidang Dewan Rakyat telah dirujuk dengan polis yang sedang menyiasat kes tersebut.

Ketika ditanya dalam sidang media hari ini, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa dia bersama dengan pegawai atasan KKM tidak diberitahu mengenai perkara itu sehinggalah diberitahu.

Recommended