7 menteri, 6 timbalan sedang kuarantin, kata PM
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa sebanyak tujuh menteri kabinet dan enam timbalan menteri sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya untuk tempoh 14 hari ekoran status Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad, disahkan positif Covid-19 semalam.

Muhyiddin mengesahkan perkara tersebut dalam perutusan khas berhubung situasi semasa Covid-19 menerusi siaran langsung.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan nama menteri dan timbalannya yang sedang menjalani kuarantin.
Recommended