Tiada peruntukan untuk teknologi jejak pedofilia, kata timbalan menteri
  • 4 years ago
Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menyediakan teknologi bagi menjejaki penjenayah seksual dan pedofil seperti yang dilakukan oleh Australia terhadap Richard Huckle, kata Timbalan Menteri Zahidi Zainul Abidin.

Menurut Zahidi, ianya bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk memberikan peruntukan kerana peruntukan sedia ada diutamakan untuk penyediaan internet di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) mengenai tahap keseriusan kerajaan menangani isu tersebut seperti melabur dan memberi latihan secukupnya kepada kakitangan kerajaan untuk menjejaki penjenayah seperti Huckle.