Menteri- Warga asing perlu jelaskan caj kuarantin sebelum dibenarkan masuk
  • 4 years ago
Semua warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu menjelaskan caj kuarantin dan ujian saringan sebaik sahaja tiba di negara ini, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut memberi amaran, mereka yang enggan membuat demikian tidak akan dibenarkan melepasi imigresen dan hanya dibenarkan berada di lapangan terbang.

Katanya, ini dilakukan berikutan ada warga asing yang tidak mahu menjelaskan bil selepas selesai menjalani tempoh kuarantin di hotel.
Recommended