Terapi muzik bantu pesakit di bawah kuarantin di Sabah hilangkan tekanan
  • 3 years ago
Petugas barisan hadapan di Sabah menggunakan terapi muzik buat pesakit berisiko rendah yang berada di bawah kuarantin untuk menghilangkan tekanan.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook, kelihatan para petugas barisan hadapan dan pesakit menyanyi dan menari bersama-sama di Pusat Budaya Penampang.

Terapi muzik ini merupakan sebahagian daripada Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia