Kerajaan BN tak akan dakwa Azilah dan Sirul jika benar saya terlibat

  • 4 years ago
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekiranya beliau terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak akan mendakwa dua anggota polis yang terlibat di mahkamah.

Dua anggota polis yang dimaksudkan Najib itu ialah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan pegawai polis, Sirul Azhar Umar.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, beliau berkata "Jika benar-benar saya terlibat, tak perlulah kerajaan BN mendakwa dua anggota polis itu di Mahkamah Tinggi.

“Jika benar-benar saya ada penglibatan, tak perlulah kerajaan BN merayu sampai ke Mahkamah Persekutuan apabila dua anggota polis itu menang di Mahkamah Rayuan."

Dalam catatannya itu, beliau turut melampirkan video keterangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 2015 tentang kes pembunuhan wanita Mongolia berkenaan.

Recommended