Saya percaya jika lusa PRU, parti kerajaan akan menang besar - Dr M
  • 2 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad percaya parti-parti kerajaan akan menang dengan mudah jika PRU diadakan lusa, berdasarkan pengumuman Bajet 2022 pada Jumaat lepas.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2022), Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ini memandangkan peningkatan peruntukan untuk pelbagai lapisan masyarakat.