'Mereka dakwa saya cipta peristiwa 13 Mei, tapi saya di Sabah masa itu'

  • 4 years ago
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sekali lagi menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerana berada di Sabah ketika itu.

"Kali pertama saya berada di Sabah adalah pada 13 Mei (1969)"

"Mereka dakwa saya mencipta peristiwa 13 Mei, saya di Kuala Lumpur mengetuai rombongan cakap perkataan anti-Melayu, anti-Islam."

"Tapi saya di Sabah kerana masa itu saya sebahagian daripada kumpulan bebas yang bertanding dalam pilihan raya umum 1969," katanya ketika berucap di ceramah umum DAP di Tanjong Papat, Sandakan.

Lim turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang berkempen di PRN Sabah yang masih lagi memainkan sentimen bahawa parti itu anti Melayu dan Islam.

Recommended