'Anda boleh dakwa saya, tapi jangan ganggu keluarga saya'

  • 4 years ago
Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan dakwaan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap isterinya, Betty Chew merupakan tindakan 'dendam politik' ke atasnya.

Terdahulu, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Chew juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya.

Recommended