Syed Saddiq tidak bersetuju penutupan tambah nilai TnG di lorong tol

  • 5 years ago
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq berkata walaupun ia bukan di bidang kuasanya, namun ramai netizen yang telah meluahkan isu penutupan tambah nilai Touch N Go di lorong tol di ruangan komen sosial medianya.

Dia berkata seharusnya pihak PLUS mendapatkan pandangan orang ramai terlebih dahulu sebelum melaksanakan keputusan menghentikan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar plaza tol miliknya.