'Memang ada pertemuan antara Dr M, Syed Saddiq, saya dan Gojek'
  • 5 years ago
Satu kajian berhubung perkhidmatan e-hailing motosikal, yang dikenali sebagai Go-Jek akan dilaksanakan sebaik sahaja cadangan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenainya diluluskan kabinet.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun cadangan kepada kabinet akan dikemukakan oleh Syed Saddiq, Kementerian Pengangkutan merupakan pihak yang akan melaksanakan kajian itu dan akan menampilkan satu mekanisma serta kerangka kerja lengkap bagaimana cara hendak menjayakan perkhidmatan e-hailing itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat empat gerabak tren monorel di stesen Bukit Nenas di ibu negara hari ini.

Semalam Menteri Belia dan Sukan menyuarakan hasratnya untuk memperkenalkan perkhidmatan motosikal e-hailing yang dilaksanakan di Indonesia itu di Malaysia dengan harapan ia akan dapat membantu penunggang motosikal meraih pendapatan.
Recommended