Syed Saddiq memberontak - 'Saya tidak akan bekerja dengan perasuah'

  • 4 years ago
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman memberontak terhadap keputusan partinya Bersatu untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno.

"Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihin, dikeji dan dimalukan dengan salah laku rasuah di mata dunia."

"Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang lebh baik. Negara yang bebas rasuah, dihormati dan bermaruah."

"Saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan rasuah, jauh sesekali bersekongkol untuk mendirikan kerajaan bersama mereka", katanya dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi ini.

Meskipun Bersatu mendakwa bahawa semua 36 anggota parlimennya- termasuklah sekumpulan bekas ahli PKR- kini menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru, masih ada perpecahan dilihat dalam parti.

Sebahagian anggota parlimen masih menyokong pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang bertegas parti itu tidak patut bekerjasama dengan Umno, memandangkan beberapa pemimpinnya kini berdepan perbicaraan kes rasuah yang besar.

Syed Saddiq mengaku pendiriannya itu mungkin tidak disenangi oleh sebahagian pihak, namun tegasnya, dia tidak berganjak.

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini soal identiti dan integriti.

“Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.

“Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah,” katanya.

"Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang lebh baik. Negara yang bebas rasuah, dihormati dan bermaruah."

"Saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan rasuah, jauh sesekali bersekongkol untuk mendirikan kerajaan bersama mereka", kata Syed Saddiq dalam satu video yang dimuatnaik dalam lawan Twitternya.

Walaupun Bersatu telah mengumumkan kesemua ahli parlimennya termasuk 10 orang dari kem Azmin memberi sokongan penuh terhadap presiden parti, Muhyiddin Yasssin sebagai perdana menteri, parti itu sebenarnya berpecah.

Beberapa ahli parlimen masih menyokong Dr Mahathir Mohamad yang berpendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Recommended