Penutupan tambah nilai TnG : 'Pandangan pengguna penting, teliti semula'

  • 5 years ago
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diminta untuk mengkaji semula keputusan menghentikan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar plaza tol miliknya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggesa PLUS mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

“Saya kira, pandangan pengguna penting untuk diberikan perhatian kerana kemudahan yang disiapkan (di lebuh raya) itu adalah untuk memberikan keselesaan kepada mereka.

“Langkah menutup lorong tambah nilai itu mungkin keputusan yang diambil pihak pengurusan PLUS.