PRN Melaka: 'Saya nak tahu pandangan pakar, akan teliti sebelum diputuskan'
  • 3 years ago
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas meneliti kesemua aspek keselamatan dan risiko yang ada.

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, ia perlu melihat dari pandangan segala kepakaran yang akan membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau ditanya media mengenai perkembangan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Melaka selepas Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/KementerianPertahanan/videos/845891832681327