DAP Melaka sudah kenal pasti 8 calon PRN, termasuk DUN Pengkalan Batu
  • 2 years ago
DAP Melaka hari ini memberitahu media bahawa parti mereka sudah mengenal pasti calon-calon untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) DUN Melaka.

Setiausaha DAP Melaka Damian Yeo Shen Li berkata ini termasuk DUN Pengakalan Batu yang sebelum ini disandang oleh bekas Adun DAP Norhizam Hassan Baktee.

Tambah Damian, calon-calon baru juga akan ditampilkan dalam PRN itu dan kesemua senarai calon akan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Sumber video: https://www.facebook.com/dapmelaka/videos/426886479061038