'Orang penting' IS terbunuh di Syria

  • 8 years ago
Seorang pemimpin IS yang ditugaskan sebagai 'arkitek' organisasi militan itu, Abu Mohamed al-Adnani, terbunuh dalam satu serangan udara di Syria.

Jurucakap tentera Amerika Syarikat berkata tentera bersekutu mensasarkan serangan udara di wilayah Aleppo pada Selasa lalu.

Adnani bertanggungjawab menjadi perancang utama serangan ke atas orang awam menggunakan senjata termasuk pisau dan kenderaan, seperti yang berlaku di Nice, Perancis pada 14 Julai lalu, di mana lori yang dipandu melanggar orang awam sehingga menyebabkan 86 orang terbunuh ketika sambutan satu festival.