Jaga amanah lebih penting dari hantar surat

  • 5 years ago
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa parti itu hanya menerima satu surat daripada Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin bukan tiga surat seperti didakwa Zuraida.

“Saya cuma nak sebut tentang surat, surat yang dikirim satu dan itu telah dijawab dan dihantar pada serahan tangan,” katanya

Zuraida sebelum ini mendedahkan permintaan mereka yang tidak dilayan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara punca beliau dan beberapa pimpinan lain tidak menghadiri mesyuarat parti.

Menurut Zuraida, sebanyak tiga pucuk surat telah dihantar kepada Anwar untuk membolehkan beliau dan beberapa pemimpin lain bertemu tetapi permintaan itu tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.

Saifuddin juga berkata meminta Zuraida untuk hadir mesyuarat biro politik setiap Rabu.