'Isi lebih penting dari bentuk' - DAP ingatkan PH kena pragmatik isu logo

  • 2 years ago
DAP mengingatkan rakan gabungan mereka bahawa penggunaan reka bentuk baru logo tidak pragmatik dalam pilihan raya umum (PRU) yang boleh diadakan pada bila-bila masa saja.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV, setiausaha agungnya Anthony Loke berkata lebih penting buat Pakatan Harapan mempamerkan dasar, arah tuju dan kepimpinan yang jelas.

Majlis Presiden PH pada 25 Ogos lalu mengumumkan satu reka bentuk baru logo akan dipertimbangkan pada PRU15.