" Kami doakan selamat Datuk"

  • 5 years ago
Beberapa penyokong difahamkan dari Pekan, Pahang telah hadir memberi sokongan sejak awal pagi lagi di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib yang turun dari keretanya terus bersalam dengan penyokong kebanyakannya wanita.

Sambil bersalam, penyokong turut berkata kami doakan selamat Datuk.

Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB memasuki hari ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Razak sengaja mengeluarkan minit mesyuarat oleh pemegang saham bagi melindungi dirinya daripada tuduhan penyelewengan 1MDB.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang juga bekas CEO Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau percaya minit mesyuarat berkenaan telah ditandatangani oleh bekas perdana menteri itu atas nasihat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.