Isu sungai tercemar tak boleh buat main-main
  • 5 years ago
Setakat ini Polis telah menahan dua individu yang juga pekerja pontun bagi membantu siasatan. "Seorang daripada mereka telah dibebaskan manakala seorang lagi akan disambung reman bagi membantu siasatan pencemaran Sungai Selangor.
"Pada mulanya, kita fikir ia adalah tindakan sabotaj... selepas itu, setelah menahan individu, siasatan mendapati bahawa ia bukan sabotaj, tetapi kecuaian," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Jerayawara Austisme: Garis Panduan PDRM di Maktab PDRM, di Kuala Lumpur hari ini.

Hamid turut memaklumkan, laporan mengenai kejadian ini akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat. “Kita juga jalankan siasatan mengenai laporan palsu yang dibuat untuk melindungi syarikat tertentu.

“Saya amat mengambil berat mengenai kejadian tumpahan minyak di Sungai Selangor ini kerana ia menjejaskan jutaan pengguna di kawasan Lembah Klang,” katanya.
Recommended