Sungai Pasir Gudang tercemar, apa puncanya?
  • 5 years ago
Musibah yang menimpa Pasir Gudang berbulan lamanya telah menimbulkan persoalan dari berbagai pihak. Umum sudah diketahui, pengilangan dan perindustrian yang pesat menyumbang kepada pencemaran air dan udara. Apakah ada jalan penyelesaian terdekat untuk menyekat pencemaran ini yang telah menyebabkan kesihatan penduduk di sekitar Pasir Gudang merosot dan menganggu gugat kelangsungan hidup beberapa keluarga dan penduduk setempat. Penduduk mahu penyelesaian muktamad, maka wartawan kami mencari sebab musabab apa yang menyebabkan Sungai Pasir Gudang tercemar. Wartawan KiniTV dan Malaysiakini Vivian Yap, Wong Kai Hui dan Geraldine Tong menyelusuri sungai-sungai tercemar di Pasir Gudang.