Banteras pemburu hidupan liar- Perhilitan tak boleh buat sendirian - Menteri
  • 5 years ago
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata, semua pihak perlu membantu kerajaan untuk menangkap pemburu hidupan liar bagi menghalang kepupusan haiwan yang dilindungi seperti harimau Malaya. Ini kerana, menurut Xavier, penangkapan pemburu tidak hanya boleh dilakukan oleh Perhilitan semata-mata memandangkan keadaan hutan tropika yang tebal. Dengan mengambil India dan Nepal sebagai negara contoh apabila pihak tentera turut membantu menumpaskan pemburu hidupan liar, Xavier berkata kerjasama dengan beberapa pihak perlu dilakukan. Xavier berkata demikian semasa ditemui selepas ucapan perasmiannya pada sambutan Hari Hidupan Liar Kebangsaan 2019 di Cheras hari ini.