IGP: Ketua polis Gombak ditukar 24 jam kerana gagal banteras judi
  • 6 years ago
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad diarahkan ditukar dalam tempoh 24 jam susulan kegagalannya membanteras aktiviti perjudian haram di daerah berkenaan.

Ini didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan media oleh Bukit Aman pada 28 Julai yang mengumumkan pertukaran jawatan antara Ali dengan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, ACP Samsor Maarof.

"Saya telah memberi amaran kepada ketua-ketua polis daerah mengenai isu perjudian. Beberapa arahan telah dikeluarkan kepada mereka berkenaan dengan pembanterasan judi.

"Mereka perlu bertanggungjawab, jika mereka tidak patuhi, kita perlu ambil tindakan tegas," kata Fuzi pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/437100