Muhyiddin gurau kata Tun M berhenti dan berehat di China

  • 5 years ago
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini secara bergurau mengatakan Dr Mahathir Mohamad telah berhenti sebagai perdana menteri dan sedang “berehat” di China, ketika menjawab pertanyaan pemberita yang bertanyakan status Mahathir itu.



Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri itu menafikan perkara itu dan menjelaskan ia hanyalah khabar angin semata-mata.



“Tanyalah orang yang bercakap tu. Saya tak tahu pun. Nampak Tun dah berhenti dah kat China, berehat.



“Dia menjalankan tugas negara dan tak berbangkit dia meletakkan jawatan. Itu rekaan saja,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini.



Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas status perdana menteri itu berikutan dikatakan tidak berpuas hati dengan rombakan exco di Johor baru-baru ini.