'Saya tak hadir mesyuarat BN Jumaat ini'
  • 5 years ago
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz memutuskan untuk tidak hadir ke Mesyuarat gabungan itu Jumaat ini kerana tidak mahu mengganggu perjalanan mesyuarat itu.

Nazri mengeluarkan kenyataan itu selepas MCA dan MIC mengugut untuk tidak menghadiri mesyuarat itu sekiranya Anggota Parlimen Padang Rengas tetap berada dalam perbincangan tersebut.

Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Recommended