MIC tak hadir pengumuman calon BN kerana sibuk di kawasan - Saravanan
  • last year
MIC tidak menghadiri pengumuman calon Barisan Nasional malam tadi kerana ahlinya sibuk dengan persiapan untuk pilihan raya umum akan datang, kata M. Saravanan.

Timbalan presiden MIC berkata bakal calon sibuk membuat persiapan di kawasan masing-masing.

Beliau ditemui ketika Jawatankuasa Kerja Pusat parti bermesyuarat pagi ini di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.