Umno, PAS umum kerjasama rasmi
  • 5 years ago
Umno dan PAS mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah, kata Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan UMNO dan PAS sebagai parti baharu tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti, selain tiada simbol baharu yang akan digunakan. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan bersama antara beliau dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara Dato’ Onn pada Selasa.Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno berkata mesyuarat itu turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Kerja Teknikal yang akan diwujudkan untuk memperincikan bentuk kerjasama seterusnya termasuk kerjasama dalam setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan datang.