Anthony Loke anggap kerjasama Umno-PAS percaturan politik

  • 5 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap kerjasama Umno dan PAS hanya sekadar percaturan politik semata-mata bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam politik negara.

“Kerjasama itu biasalah memang dalam politik, setiap parti dan setiap gabungan akan cuba memperkuatkan diri mereka untuk mencabar parti pemerintah, itu biasa.

“Dulu masa kita dalam pembangkang, kita pun akan mencari pelbagai formula untuk memperkuatkan parti dan mencabar parti pemerintah.

Loke berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen.