Hadi: Nik Aziz pasti gembira kerjasama PAS-Umno

  • 5 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata penyatuan PAS dan Umno hari ini telah pun dipersetujui oleh bekas mursyidul am parti itu, allahyarham Nik Aziz Nik Mat ketika beliau masih hidup lagi.

Hadi berkata demikian ketika ditanya wartawan sekiranya arwah Nik Aziz akan gembira dengan pemeteraian piagam antara kedua-dua parti ini.

"Oh ya (gembira dengan penyatuan Umno-PAS). Taawun ialah satu istilah yang dah sepakat dengan tok guru Nik Aziz masa beliau masih hidup lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama pimpinan parti kanan Umno dan PAS, selepas memeterai piagam di Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.