Umno-PAS- 'Sekarang dah kenduri kahwin, dah rasmi'

  • 5 years ago
Selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno hari ini bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.Bersama mereka ialah pemimpin kanan kedua-dua parti.Kata Mohamad, hubungan kedua-dua parti 'ditunangkan' sebelum ini di Sungai Kandis sebelum 'kenduri' pula dilangsungkan."Sekarang ni dah kenduri kahwin... ni dah bersanding dah ni," katanya.