'Kenyataan rasmi Umno tak sebut tiga syarat pada PAS'
  • 2 years ago
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan rasmi Umno tidak menyebut tiga syarat parti itu kepada PAS.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno meletakkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antara syarat tersebut termasuklah PAS perlu keluar dari Perikatan Nasional, dan memutuskan hubungan dengan Bersatu.