Didakwa sebab gelar 'ko bodoh', MP DAP pertahan Papagomo
  • 5 years ago
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng tidak bersetuju dengan pendakwaan ke atas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan menggesa peguam negara mempertimbangkan semula pendakwaan itu."Disebabkan perkataan 'ko bodoh' dituduh dengan Kanun Keseksaan 509, tuduhan ini saya 100 peratus tidak setuju."Saya rasa kalau baca Kanun Keseksaan 509 ia kata 'perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang'."Adakah perkataan 'bodoh' boleh mengaibkan menteri kita (Syed Saddiq)? Saya tidak fikir begitu," katanya.Lim yang juga merupakan peguam merujuk pendakwaan di bawah Seksyen 509 ke atas Papagomo kerana dikatakan mengaib dengan menggunakan perkataan 'ko bodoh' terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Papagomo juga didakwa di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan kepada ketua Pemuda Bersatu itu dalam kejadian pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.Bagaimanapun, tambah Lim, dia tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk menengking sesiapa menggunakan perkataan bodoh.