DAP pertahan Sandakan, tambah majoriti

  • 5 years ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon DAP Vivian Wong menang pada PRK Parlimen Sandakan.

Wong menang dengan majoriti besar 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi.

Calon PH itu menewaskan calon PBS Linda Tsen yang memperolehi 4,491 undi dan tiga calon bebas pula hilang wang deposit iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi) Chia Siew Yung, 46, (178 undi) dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).